Wednesday, July 17, 2013

KEMUDAHAN ASRAMA

Kamsis (Asrama) Politeknik Muadzam Shah menyediakan kemudahan penempatan bagi pelajar-pelajar PMS dengan memberi tumpuan menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan selesa kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian di PMS. Kamsis di PMS mempunyai 10 buah blok asrama yang mana 5 blok bagi pelajar lelaki dan 5 blok bagi pelajar perempuan yang mana setiap blok mampu untuk menampung sehingga 360 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Kumudahan kamsis ini bermatlamat untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada semua pelajar yang berdaftar di PMS. Selain daripada itu, bagi kamsis pelajar perempuan pula, pengawal keselamatan ditempatkan bagi mengawal keselamatan pelajar perempuan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Terdapat 2 jenis bilik iaitu 2 orang sebilik dan 4 orang sebilik.
 

KEMUDAHAN DI KAMSIS PELAJAR

  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
  • Terdapat ruangan untuk mengulangkaji pelajaran dan menonton televisyen di setiap blok asrama.
  • Setiap blok asrama juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri serta water cooler.
  • Kafeteria terletak diantara blok-blok asrama yang memberi perkhidmatan dalam penyediaan makanan yang beroperasi dari 7.30 pagi hingga 10.30 malam.
  • Mini Koperasi PMS disediakan bagi kemudahan pelajar membeli keperluan asas.
  • Wakaf didirikan di sekitar tasik yang bertujuan bagi pelajar berbincang, mengulangkaji pelajaran dan beriadah.
  • Pusat Islam terletak berhampiran dengan kamsis pelajar menjadi nadi penggerak pelajar-pelajar muslim dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan.

Ruang bilik yang luas dapat memberi keselesaan pelajar untuk menimba ilmu di PMS
Bilik yang dilengkapi dengan katil, bantal, meja study, kerusi serta almari